SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2020 – MyPapillon Hijab

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 daripada Pengurusan dan kakitangan MyPapillon Sdn Bhd.

Aidilfitri kali ini terasa berbeza memandangkan kita tidak dapat berkumpul untuk meramaikan sambutan hari raya. Namun begitu jauh sekadar di mata bukan di hati. Luangkan masa menyambut hari raya bersama yang tersayang secara maya (virtual communication).

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri dari kami di MyPapillon Sdn Bhd.

Laman web MyPapillon Hijab telah diakreditasi oleh SSM BizTrust sebagai laman web yang selamat dan patuh keselamatan.

MyPapillon BizTrust Accredited.

Biz Trust Seal untuk www.mypapillon.my

Laman web MyPapillon Hijab telah diakreditasi oleh SSM BizTrust sebagai lamanweb yang selamat dan patuh keselamatan.

Adalah dimaklumkan laman web www.mypapillon.my telah diperiksa oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai salah satu laman web yang telah melepasi komponen kritikal seperti prinsip dan Kriteria yang terdiri daripada dua elemen utama: Prinsip Pendaftaran, Prinsip Amanah yang terdiri daripada Prinsip Keselamatan dan Privasi.

MyPapillon Hijab

MyPapillon (Exclusive Interview): Serving High Quality Modest Hijab With Style

Contents

  1. MyPapillon: Serving High Quality Modest Hijab With Style
    1. 1. What sparked the idea of MyPapillon?
    2. 2. Is there any history behind the name MyPapillon?
    3. 3. How do you come up with the design of the hijab? What makes MyPapillon different from other local hijab brands?
    4. 4. So, which one is MyPapillon’s latest collection?
    5. 5. What is your go-to marketing strategy?
    6. 6. Is there any collaborators that you are working with / planning to work with in the future, other than the ones you mentioned?
    7. 7. Are there any challenges along the way since MyPapillon was first established?
    8. 8. Other than hijabs, are you guys planning to sell other stuff?
    9. 9. What are the future goals for MyPapillon?
    10. 10. What would be your advice for young entrepreneurs who are just starting out their business?
    11. 11. How can MyPapillon contribute back to the community?
    12. More Info

MyPapillon

HIJAB PERINCIAN MEWAH- ELEMEN PERANCIS DALAM TUDUNG MYPAPILLON

DUNIA fesyen menjadi sebaha- gian kehidupan Haslinda Md Isa sejak kecil lagi berikutan ibunya seorang tukang jahit. Sebagai anak perempuan tunggal dalam keluarga, beliaulah orang pertama yang tidak sabar untuk menggayakan pakaian baru hasil rekaan ibunya. Tanpa disedari, minat terhadap fesyen mula timbul kerana sering memerhati hasil seni jahitan ibunya, Siti Isah Salleh.

Haslinda seorang anak yang pintar sehingga berjaya melanjutkan pengajian di bawah program khas ke Paris selama enam tahun. Dek keberadaannya di sekolah terkemuka di Strasbourg dan merantau dalam tempoh yang agak lama bagi menghabiskan pengajian Ijazah Pengurusan Hotel sehingga ke peringkat Sarjana (Mastere) di Institut Vatel Paris, beliau fasih berbahasa Perancis dan mempunyai pengetahuan dalam bahasa Itali.

“Kebanyakan percutian musim panas di Perancis dihabiskan untuk bekerja di pelbagai hotel dan restoran. Daripada semua tempat yang saya pernah bekerja, tempat yang paling saya tidak dapat lupa ialah ketika berada di Hotel Ambassador, berjalan kaki dari Galleries Lafayette iaitu sebuah kompleks membeli-belah paling mewah di Paris.

“Saya berjalan di deretan butik-butik mewah sehingga mencetuskan kecintaan saya kepada fesyen,” katanya.
Apabila kembali ke Malaysia, beliau berkhidmat di Sekolah Perhotelan Perbadanan Nasional Bhd (Pernas).
Beliau juga berkhidmat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam selama 18 tahun sebelum ditukarkan ke UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang, manakala kini ditugaskan semula ke UiTM Shah Alam dan mengajar bahasa Perancis. Beliau turut bertindak sebagai penyelaras untuk bahasa Asia dan Eropah selama lebih dua tahun.
Walaupun berpengalaman luas, Haslinda masih bersemangat untuk bekerja dan masih bergelar pensyarah.

Haslinda dan suami, Mohd Rizal serta dua anak lelakinya suka aktiviti luar dan memastikan mereka memenuhi masa luang bersama.Daripada pemerhatian terhadap gaya pemakaian tudung dan juga pemilihan kain serta bentuk tudung masa kini, Haslinda menyedari terdapat banyak ruang yang masih belum diterokai jenama tudung yang dijual dalam talian.

Suka akan tudung atau selendang menggunakan fabrik premium dengan hiasan mewah dan perincian halus, beliau dan Rizal memulakan MyPapillon kerana keinginan untuk membawa kemewahan kepada orang ramai melalui platform dalam talian.

Pasangan suami isteri itu berharap perniagaan yang dibina dapat diteruskan anak lelaki mereka suatu masa nanti. Bekerja di MyPapillon, Haslinda dan Rizal membentuk satu perkongsian lancar, bertujuan memberi pelbagai pilihan tudung kepada pelanggannya dengan perincian dan perhiasan mewah yang hanya boleh didapati di butik pereka. Melalui MyPapillon, mereka membawa hijab daripada pereka ke platform dalam talian yang lebih mudah untuk diakses.

Perjalanan MyPapillon turut dibantu orang kuat Haslinda sendiri iaitu Siti Nadia Saad. Bagi mereka yang berminat mengikuti perkembangan fesyen tudung dari MyPapillon boleh layari website www.mypapillon.my

UPDATED – COVID-19

In conjunction with the (CMCO) condition movement control order, our boutique will be resume to the business from 10am to 6pm daily. However, we advise everyone to adopt this new normal and embrace it by following the general guideline with the SOP to ensure the safety of everyone.


1. ​Only 2 persons allow at a time to practice social distancing.

2.​Please make ensure to wear face mask before enter.

3. ​Contactless payment is preferable (Debit Card / Credit Card / Bank transfer / E-Wallet / QR Pay).

4. ​Please wash your hand with sanitiser provided from the entrance when enter and before leave our boutique.

5. ​Encourage purchase online www.mypapillon.my .

Call / WhatsApp for inquiry: 0109734800