PERLU SAMAK ATAUPUN TIDAK?

SOALAN 1: Apakah saya perlu samak tangan saya sekiranya saya memegang anjing yang kering? SOALAN 2: Saya terpegang produk yang di buat daripada kulit babi, apakah saya perlu samak tangan dan kaki saya?

Hukum memegang anjing dengan sengaja atau tidak, jika tangan yang menyentuh anjing berkenaan basah, maka wajib untuk kita menyamak dengan satu kali air tanah dan enam kali air mutlak. Tetapi, sekiranya tangan dan badan atau bulu anjing yang kita sentuh tersebut adalah kering, maka tangan kita tidak perlu disamak. Manakala babi pula, hukum menggunakan atau memakai produk daripada kulit babi adalah haram sama ada menyentuh dengan sengaja atau tidak sengaja adalah wajib di samak dengan 1 kali air tanah dan 7 kali air mutlak. 

  Jika diperhatikan, dalam Islam hanya terdapat dua binatang sahaja yang diharamkan oleh 

Islam secara terang-terangan menerusi nas, iaitu babi dan anjing. Atas dasar itu ulama khususnya Mazhab Syafi’e telah mengkategorikan kedua-dua haiwan berkenaan najis besar yang haram dimakan dan wajib disamak apabila memegangnya. 

 Jika anda pening kepala nak cari tanah untuk samak, tak perlu pening! Kami, MYPAPILLON menjual Tayammum Clay Powder untuk memudahkan urusan anda untuk menyucikan dari najis mughalazah. Sekiranya berminat dan ingin membuat pembelian, hubungi kami dengan klik link ini -> https://linktr.ee/mypapillonsamak 

PERBEZAAN SAMAK DAN SERTU

Masih di antara kita yang tidak tahu samak dan sertu itu adalah sesuatu benda yang berbeza jadi kami akan menerangkan perbezaan antara samak dan juga sertu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sertu ialah menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak. 

Manakala, samak pula mempunyai beberapa makna. Antaranya ialah bahan zat yg digunakan untuk memasak serta mewarnai kulit binatang, membersihkan najis mughaallazah dengan air tanah sekali dan air mutlak enam kali, sejenis tumbuhan yang digunakan untuk menyamak kulit.

Maka, kekeliruan yang timbul berkemungkinan datang daripada takrifan sudut bahasa kerana menyamak juga mengandungi makna yang sama seperti sertu iaitu membersihkan najis mughallazah dengan air dan tanah.

Daripada sudut istilah ini, samak diambil daripada perkataan bahasa Arab, الدبغ yang bermaksud, kaedah menyucikan kulit haiwan yang boleh dimakan atau tidak, iaitu dengan menghilangkan d4rah, daging dan semua yang melekat pada kulit yang membusvkkan jika tidak dibuang, dengan sesuatu alat yang tajam seperti tawas atau buah manjakani dan seumpamanya. 

Bersertu pula adalah cara bersuci daripada najis mughallazah iaitu khinzir dan khinzir dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali dan salah satu padanya air tanah sama ada najis tersebut najis aini atau najis hukmi. Sama ada terkena pada pakaian, badan, atau tempat.

Jadi kami disini ada menyediakan produk kami sendiri iaitu Debu Tanah Liat Pelbagai boleh digunakan untuk tujuan tayammum, samak dan juga sertu. 

MANFAAT SAMAK DAN SERTU

Tahukah anda, jika ingin di hitung hikmah bersamak ini, tersangatlah banyak manfaat yang kita semua peroleh. Antaranya ialah:

1. Mematikan kuman atau penyakit yang terdapat pada kulit binatang.

2. Manusia menggunakan kulit binatang dengan yakin ia suci lagi menyucikan.

3. Terhindar dijangkiti kuman atau penyakit yang berbahaya.

4. Ibadah dilakukan dengan yakin dan khusyuk.

5. Menunjukkan Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dalam kehidupan harian.

6. Halalan Toyyiban.. Suci lagi menyucikan.

7. Dan lain-lain lagi yang membawa kepada kebaikan.

Jelas terbukti hikmah samak ini bertepatan dengan kajian saintifik yang jelas mengatakan tanah mempunyai fungsi pembasmi kuman semulajadi.

Jika sebelum ini, kita bersamak menggunakan tanah korek lalu dicampurkan bersama air mutlak untuk menjadikannya satu kali basuhan air tanah lalu diikuti dengan 6x basuhan air mutlak

Namun kini, lebih mudah dengan adanya Debu Tanah Liat Pelbagai Guna boleh digunakan untuk tujuan samak dan sertu serta ianya juga boleh digunakkan untuk bertayammum. 

CARA SERTU KASUT / TANGAN YANG TERKENA NAJIS BERAT

Caranya sangat mudah, anda hanya perlu ada sumber air yang bersih serta tanah yang suci untuk buat air sertu 

Tanah yang digunakan perlulah: 

Bebas dari unsur najis 

Suci dari sebarang kekotoran seperti minyak dan sebagainya 

Bukan tanah yang telah digunakan untuk tayammum 

Cara-caranya adalah seperti berikut : 

  1. Asingkan pakaian yang terkena najis terlebih dahulu. Jika tangan atau anggota badan lain terkena najis, jauhkan diri anda daripada orang ramai. 
  2. Hilangkan najis menggunakan air. Ini bagi menghilang segala ain najasat iaitu najis yang boleh dilihat dengan mata kasar. 
  3. Di dalam satu bekas, sediakan air sertu iaitu air yang dicampur dengan tanah. Air sertu perlulah digaul sebaiknya sehingga air mutlak berubah menjadi warna tanah. 
  4. Basuh pakaian atau tangan yang terkena najis tadi dengan air bercampur tanah sebanyak 1 kali. 
  5. Lap atau gosok sedikit untuk pastikan najis tidak lagi melekat 
  6. Bila pakaian atau tangan bebas najis, basuh pula kawasan terkena najis tadi menggunakan air bersih atau air mutlak sebanyak 6 kali. 

Jika anda pening kepala nak cari tanah untuk samak, tak perlu pening! Kami, MYPAPILLON menjual Tayammum Clay Powder untuk memudahkan urusan anda untuk menyucikan dari najis mughalazah. Sekiranya berminat dan ingin membuat pembelian, hubungi kami dengan klik link ini -> https://linktr.ee/mypapillonsamak

TAYAMMUM

MAKSUD TAYAMMUM

Tayammum ialah suatu syari‘at yang berbentuk rukhshah atau keringanan bagi orang yang tidak dapat menggunakan air untuk berwudhu atau mandi wajib. Keringanan ini hanya diberi kepada orang yang tidak dapat menggunakan air kerana sakit atau kerana ketiadaan air atau kerana air yang tidak mencukupi. Menurut istilah syarak ialah menyampaikan debu tanah ke muka dan dua tangan sebagai ganti kepada wudhu atau mandi dengan syarat-syarat tertentu.

Pelbagai sebab mengapa kita perlu bertayamum. Kadang-kadang kita mengalami masalah ketika hendak melakukan ibadah. Ini merupakan contoh mengapa perlu bertayamum.

  1. Ketiadaan air selepas berusaha mencarinya.
  2. Tidak boleh menggunakan air kerana sakit.
  3. Ada air tetapi mencukupi untuk keperluan makan dan minum sahaja.
  4. Cuaca yang terlalu sejuk dan penggunaan air boleh memudaratkan.
  5. Terhalang daripada mendapatkan air kerana bahaya.

KELEBIHAN TANAH LIAT DALAM KONTEKS KESIHATAN DAN PENJAGAAN DIRI

1. Tujuan bertayamum

2. Tujuan Samak dan Sertu

3. Menjadikan kulit gebu, halus dan cerah secara semula jadi

4. Membantu merawat jerawat dan jeragat secara semulajadi

5. Membantu membuang lebihan minyak yang ada pada wajah

6. Membantu merawat ruam pada kulit bayi dan juga kurap susu/ ruam susu pada bayi

7. Merawat pelbagai masalah kulit

SAMAK & SERTU ITU APA ?

Seperti yang kita tahu, terdapat tiga kategori najis iaitu mukhaffafah (najis ringan), mutawassitah (pertengahan) dan mughallazah (berat). Najis anjing dan babi tergolong dalam najis berat dan perlulah disertu bila terkena pada tangan atau pakaian. Ia perlulah disertu, bukan disamak. Sehingga ke hari ini, masyarakat Islam di negara ini sering keliru dengan penggunaan istilah yang salah dalam bab penyucian najis berat.

MAKSUD NAJIS MUGHALLAZAH

Najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan daripada keruanya atau salah satu daripada keduanya.  Maka daging anjing dan babi, air liurnya, kotorannya, peluhnya dan lain-lain daripada keduanya adalah najis yang berat iaitu najis mughallazah.

PERBEZAAN SERTU DAN SAMAK

MAKSUD SERTU

Menurut perkongsian daripada JAKIM, sertu merupakan perbuatan menyucikan sesuatu daripada najis mughallazah iaitu anjing, babi dan keturunannya. Najis mughallazah perlulah disucikan dengan membasuh sekali menggunakan air bercampur tanah dan diikuti dengan enam kali air besih atau air mutlak. Najis perlulah disucikan daripada pakaian, badan atau tempat yang terjejas.

MAKSUD SAMAK

Samak pula ialah perbuatan menyucikan kulit binatang daripada kekotoran untuk kegunaan tertentu. Semua kulit binatang boleh disucikan dengan kaedah samak kecuali kulit anjing, babi serta keturunannya. Memetik perkongsian dari Mufti WP, perkataan samak diambil dari perkataan bahasa Arab iaitu الدبغ yang membawa maksud kaedah menyucikan kulit haiwan yang boleh diamakan atau tidak, iaitu dengan menghilangkan darah, daging dan semua yang melekat pada kulit yang membusukkan jika tidak dibuang. Untuk menyucikannya, sesuatu alat tajam seperti tawas atau buah manjakani perlulah digunakan.

CARA SERTU

Bersihkan bahagian yang terkena najis. Campurkan debu tanah liat MYPAPILLON ke dalam air sehingga mengubah air menjadi warna tanah atau keruh dan sebatikan. Cuci tempat yang terkena najis dengan menggunakan air campuran debu tanag liat sebanyak 1 kali dengan rata. Cuci dengan menggunakan air mutlak sebanyak 6 kali sehingga hilang warna, bau dan rasanya.

JANGAN RISAU UNTUK MENDAPATKAN PRODUK DEBU TANAH LIAT DARIPADA MYPAPILLON

Kami telah mendapat kelulusan produk mypapillon debu tanah liat oleh:

– Product Of Malaysia

– Keluaran Muslim

– BMF (Buy Muslim First)

PERBEZAAN ANTARA SERTU DAN SAMAK

Produk untuk samak dan sertu najis mughllazah - MyPapillon

Islam sangat mementingkan kebersihan. Dalam aspek penyucian, terdapat beberapa kaedah penyucian bagi membasuh najis antaranya samak dan sertu. Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat yang sering tertukar dengan kedua-dua istilah ini. Sertu merupakan proses penyucian sesuatu daripada najis mughallazah iaitu najis berat seperti anjing, babi dan haiwan keturunannya. 

Dalam sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : “Sucinya bekas salah seorang dari kamu apabila seekor anjing menjilat padanya (bekas tersebut) adalah dengan cara kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali, dan basuhan pertama bercampur dengan tanah.” [HR Muslim]

Berbeza dengan samak, ia adalah perbuatan menyucikan sesuatu daripada kulit haiwan dengan menggunakan bahan kesat seperti pasir dan sebagainya. Samak kebiasaanya dilakukan apabila seseorang itu hendak membersihkan kulit binatang seperti kulit lembu yang telah disembelih bagi membersihkan lendir dan darahnya untuk menghasilkan produk kulit lembu. 

SAMAK SERTU BY MYPAPILLON

Apa itu samak sertu? Samak ialah proses menyucikan kulit binatang daripada kekotoran untuk kegunaan tertentu. Semua kulit binatang akan menjadi suci apabila disamak kecuali kulit anjing dan juga kulit babi. Sertu pula ialah perkataan yang digunakan untuk menyucikan sesuatu daripada najis mughallazah iaitu anjing, babi dan seumpamanya. Najis-najis ini hendaklah disucikan dengan membasuhnya menggunakan air yang bercampur tanah dan diikuti dengan enam kali air mutlak.

Produk untuk samak dan sertu najis mughllazah - MyPapillon

Untuk memudahkan semua pihak, banyak pengusaha tempatan mula mengeluarkan produk samak sertu ini antaranya seperti Debu Tanah Liat Pelbagai Guna keluaran MyPapillon yang sangat mudah didapati di pasaran. Pengguna-pengguna boleh menggunakannya mengikut arahan yang telah disertakan sekali di setiap pembelian. Ia juga didatangkan dengan pelbagai pilihan saiz untuk memudahkan orang ramai membelinya mengikut kegunaan mereka sendiri.

Samak Sertu

Perbezaan antara samak dan sertu

Samak:

1. Samak ialah menyucikan sesuatu darmughalazah binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam seperti tawas bahan kimia dan sebagainya.

2. Bahan-bahan tersebut dapat menggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman-kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Sertu:

1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis Mughalazah iaitu menyentuh anjing, babi dan keturunannya yang sedang basah akibat terkena hujan, ataupun terkena air liurnya.

2. Najis Mughalazah hendaklah disucikan dengan membasuhnya dengan 6 basuhan air mutalk dan 1 kali basuhan air yang dicampurkan tanah. Jumlah basuhan adalah 7 kali

3. Menyucikan najis mughalazah dengan menggunakan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada bahan binatang najis mughalzah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan menggunakan tanah.

Tayammum

https://www.mypapillon.my/images/content/MPP_PIG.jpeg

Tayammum ialah menyapu debu tanah yang suci ke muka dan kedua-dua tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat disertai dengan niat. 


Syarat-syarat Tayammum :


1. Bertayammum apabila masuk waktu.
2. Telah berusaha mendapatkan air atau tidak dapat menggunakan air.
3. Menghilangkan najis sebelum malakukan Tayammum.
4. Menggunakan debu tanah yang suci.
5. Sekali Taymmum untuk satu solat Fardhu sahaja.

Lafaz Niat Tayammum :

نويت التيمم لاستباحة الصلاة لله تعالى 
( Sahaja aku bertayammum untuk membolehkan solat fardhu kerana Allah Ta’ala ).
– Selepas berniat, kita hendaklah menepuk kedua-dua belah tangan pada debu tanah,
– “Tepukan” pertama untuk disapu ke muka,
– “Tepukan” kedua untuk disapu dikedua-dua belah tangan hingga kesiku. 
– Debu tanah pada tangan kiri untuk tangan kanan manakala debu pada tangan kanan untuk disapu ke tangan kiri.