TAYAMMUM

MAKSUD TAYAMMUM

Tayammum ialah suatu syari‘at yang berbentuk rukhshah atau keringanan bagi orang yang tidak dapat menggunakan air untuk berwudhu atau mandi wajib. Keringanan ini hanya diberi kepada orang yang tidak dapat menggunakan air kerana sakit atau kerana ketiadaan air atau kerana air yang tidak mencukupi. Menurut istilah syarak ialah menyampaikan debu tanah ke muka dan dua tangan sebagai ganti kepada wudhu atau mandi dengan syarat-syarat tertentu.

Pelbagai sebab mengapa kita perlu bertayamum. Kadang-kadang kita mengalami masalah ketika hendak melakukan ibadah. Ini merupakan contoh mengapa perlu bertayamum.

  1. Ketiadaan air selepas berusaha mencarinya.
  2. Tidak boleh menggunakan air kerana sakit.
  3. Ada air tetapi mencukupi untuk keperluan makan dan minum sahaja.
  4. Cuaca yang terlalu sejuk dan penggunaan air boleh memudaratkan.
  5. Terhalang daripada mendapatkan air kerana bahaya.

KELEBIHAN TANAH LIAT DALAM KONTEKS KESIHATAN DAN PENJAGAAN DIRI

1. Tujuan bertayamum

2. Tujuan Samak dan Sertu

3. Menjadikan kulit gebu, halus dan cerah secara semula jadi

4. Membantu merawat jerawat dan jeragat secara semulajadi

5. Membantu membuang lebihan minyak yang ada pada wajah

6. Membantu merawat ruam pada kulit bayi dan juga kurap susu/ ruam susu pada bayi

7. Merawat pelbagai masalah kulit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *