Jenis-Jenis Kain Tudung yang Paling Selesa Dipakai

PENGGAYAAN daripada shawl dan bawal tidak asing lagi untuk golongan wanita di Malaysia. Malah shawl atau selendang sudah lama menjadi trend di negara kita, pelbagai gayaan telah dapat kita lihat dari gaya tradisi yang tidak luput di telan zaman kepada gaya yang lebih ranggi dan terkini tetapi masih boleh mengekalkan kesopanan dan patuh syariah. Setiap wanita menginginkan kain tudung selesa untuk dipakai seharian sama ada berbentuk shawl atau bawal seperti koleksi daripada Tudung MyPapillon yang boleh didapati di MyPapillon Sdn Bhd.

Ramai memilih untuk memakai shawl dan lilit sendiri mengikut cara dan kreativiti masing-masing. Tetapi memakai bawal juga menjadi pilihan pada semua usia umur kerana ianya senang untuk dipakai dan digayakan. Tidak kurang popular juga yang memilih shawl instant yang hanya sarung dan terus terletak di kepala, ini menjadikan pemilihan si pemakai asalkan ianya kain tudung selesa. Yang paling penting adalah tudung tidak panas, sejuk, dan senang dibentuk.

Pelbagai jenis kain tudung yang telah dapat tempat di hati golongan wanita di negara ini. Pemilihan ini disebabkan oleh kriteria yang terdapat pada kain tudung tersebut selain daripada kain tudung selesa. Oleh itu, setiap jenis kain tudung selesa juga mempunyai cara penjagaan yang tersendiri untuk mengekalkan kualiti kain tudung tersebut agar tidak mudah rosak. 5 jenis kain tudung selesa yang mendapat pilihan oleh golongan wanita di Malaysia:

Cotton
Tudung jenis ini mudah digayakan kerana ianya mudah dibentuk pada wajah serta senang digayakan dan juga bersifat sejuk.

Cotton Voile
Tudung yang paling sesuai digunakan daripada fabrik ini adalah tudung bawal. Fabrik cotton voile ini senang dibentuk dan sejuk.

Chiffon
Fabrik ini memerlukan penjagaan yang rapi agar tidak mudah rosak. Kain ini bersifat licin serta agak sensitif namun tidak susah untuk memakainya jika anda bijak memadankan tudung jenis ini dengan anak tudung jenis cotton.

Premium Satin
Kain tudung jenis satin ini juga agak sukar untuk digayakan tetapi ianya kelihatan mewah dan feminine.

Satin Silk
Fabrik satin silk mempunyai banyak variasi iaitu tebal dan juga nipis. Fabrik ini juga selesa dan senang dibentuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *