Seiring peredaran masa, perkembangan dunia fesyen juga berubah. Tidak terkecuali trend bertudung buat muslimah berhijab.Sudah namanya wanita, pasti golongan Hawa yang gemarkan kecantikan juga tidak mahu ketinggalan untuk tampil bergaya.
Pada masa kini, pelbagai jenis tudung boleh didapati dalam pasaran. Ada tudung bawal, tudung segi tiga, selendang, tudung sarung, tudung labuh dan sebagainya. Tudung-tudung ini sangat mudah diperolehi kerana mendapat sambutan yang menggalakan di kalangan penggunanya. Harganya pula sangat berpatutan dan semua lapisan masyarakat mampu membelinya.

