MUSLIMAH FASYEN TREND TERKINI

Fesyen muslimah zaman kini diwarna-warnikan dengan pelbagai jenis pakaian yang dapat memastikan kaum wanita sentiasa tampil anggun dalam menutup aurat. Apa yang menariknya lagi, fesyen muslimah turut menjadi ikutan penggemar-penggemar fesyen bukan Islam, yang mungkin disebabkan nilai positif yang mencerminkan ciri- ciri kesopanan serta keanggunan sesuatu busana tersebut. Pereka fesyen tempatan di Malaysia juga telah mengambil peluang ini untuk menonjolkan kreativiti mereka dalam melahirkan lebih banyak lagi fesyen busana muslimah yang pasti akan menarik tumpuan lebih ramai lagi.

Koleksi pakaian muslimah dari MyPapillon juga sering menarik tumpuan kaum wanita kerana ia didatangkan dengan pelbagai jenis pilihan seperti Set Damia, iaitu set baju bersama seluar yang sangat mendapat tumpuan ramai kerana keunikannya yang tersendiri dan ia juga boleh digayakan ke mana-mana majlis formal mahupun tidak formal. MyPapillon juga merupakan tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi bagi peminat dress / kaftan kerana kepelbagaian corak dan warna yang akan dijamin memuaskan hati semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *