APA ITU SAMAK ATAU SERTU?

MYPAPILLON - Samak Sertu & Tayammum - Debu Tanah Liat Pelbagai Guna - 200  Gram | Shopee Malaysia

Sebenarnya berlaku kekeliruan dalam masyarakat kita diantara samak dan sertu. Oleh kerana pengertian samak dan sertu ini adalah sangat hampir dari segi bahasa, sering terjadi kekeliruan terhadap samak dan sertu.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, SERTU ialah menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak.

SAMAK  pula mempunyai beberapa makna. Antaranya ialah bahan zat yg digunakan untuk memasak serta mewarnai kulit binatang, membersihkan najis mughallazah dengan air tanah sekali dan air mutlak enam kali, sejenis tumbuhan yang digunakan untuk menyamak kulit.

Maka, kekeliruan yang timbul berkemungkinan datang daripada takrifan sudut bahasa kerana menyamak juga mengandungi makna yang sama seperti sertu iaitu membersihkan najis mughalazah dengan air dan tanah.

Produk untuk samak dan sertu najis mughllazah - MyPapillon

Selain itu, Tayamum pula ialah menyapu debu kemuka dan kedua tangan sampai ke siku, menggunakan debu yang suci dengan beberapa syarat. Tayamum adalah sebagai ganti dari wuduk atau mandi. Tayamum di segi syarak adalah menggunakan tanah yang bersih dan suci seperti debu atau pasir bagi menyapu muka dan tangan untuk mengangkat hadas dengan persyaratan syarak sebagai pengganti wuduk atau mandi wajib (mandi junub).

Dengan tayamum seseorang hanya boleh mengerjakan satu ibadah yang fardu saja dan ditambah dengan ibadah yang sunat-sunat.

SYARAT-SYARAT TAYAMMUM :

Sudah masuk waktu.

Tidak mendapat air setelah berusaha mencari.

Dengan debu yang suci.

Berhalangan menggunakan air disebabkan sakit.

Suci dari najis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *