APA ITU SAMAK DAN SERTU???

Samak adalah proses menyucikan kulit haiwan yang boleh dimakan atau tidak, iaitu dengan menghilangkan darah, daging dan semua yang melekat pada kulit yang membusukkan jika tidak dibuang. Caranya adalah menggunakan sesuatu alat yang tajam sifatnya seperti tawas, buah manjakani, asam, limau cuka dan seumpamanya. Menyamak tidak khusus kepada orang Islam sahaja bahkan orang Musyrik juga boleh menyamak asalkan ia mengikut cara yang digariskan oleh Syarak.

Sertu adalah proses menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah (najis berat) iaitu anjing, babi, dan keturunannya. Cara basuhannya adalah tempat yang terkena najis perlu dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali dan salah satu padanya air tanah sama ada najis tersebut najis aini atau najis hukmi. Sama ada terkena pada pakaian, badan, atau tempat.

Dapatkan Produk Kami Di :

31-A, First floor, Jalan Keluli Am7/Am, Taman Perindustrian Bukit Raja Selatan, 40000 Shah Alam, Selangor atau Butik MyPapillon Hijab-Boutique At Subang Parade

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *