Butik Tudung Popular yang Terdapat di Subang Jaya

BUTIK Tudung yang paling dikenali di Subang Jaya, salah satunya adalah daripada Butik MyPapillon. Butik pertama oleh MyPapillon Hijab terletak di GC 05, Ground Floor di Subang Parade. Koleksi yang boleh didapati di Butik MyPapillon Hijab seperti Shawl, Square, Instant, Deluxe Prints, Prints, Deluxe Lace, Limited Edition dah Black Series. Koleksi yang dikeluarkan amat sesuai untuk dipakai pada majlis-majlis rasmi dan juga hari santai. Kesemua jenis tudung boleh dijadikan sebagai hadiah istimewa kepada orang tersayang oleh kerana material yang disukai ramai serta senang dipakai.

Lebih ramai golongan wanita memilih daripada koleksi shawl, square dan juga instant. Terdapat juga golongan lelaki memilih koleksi MyPapillon Hijab untuk dihadiahkan kepada wanita kesayangan mereka. Ini kerana mereka melihat daripada segi jenis kain tudung, senang untuk digayakan dan juga penjagaan yang mudah. Walaupun sesetengah pemakai akan memilih tudung popular seperti Duck dan Neelofa disebabkan oleh jenama mereka akan tetapi pemakai juga akan memilih daripada segi kualiti tudung itu tersendiri.

Koleksi daripada MyPapillon Hijab mempunyai tudung yang berkualiti tinggi dengan harga yang mampu milik, malah untuk pemakai yang menginginkan tudung popular dengan harga yang berpatutan akan terus mendapatkannya di Butik MyPapillon Hijab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *