Golongan wanita pada zaman penuh moden ini lebih menitikberatkan soal penampilan diri terutamanya gayaan tudung atau bahasa mudahnya adalah cara pakai tudung bagi penampilan muslimah. Selain daripada melihat dan belajar tentang penampilan diri melalui masalah fesyen, rujukan melalui media sosial menjadi kunci untuk menambah baik untuk lebih berkeyakinan dalam fesyen.
Tidak kira walau dimana berada, penampilan adalah penting untuk seseorang lebih yakin. Selain menutupi aurat, gaya bertudung juga perlu kelihatan kemas dan menarik. Seiring dengan perkembangan dunia fesyen, tudung dan selendang mendapat tempat di hati pengguna dalam kepelbagaian daripada segi bentuk, gaya, dan rekaan. Selain itu, cara pakai tudung juga ada mengikut peredaran zaman untuk tampil bergaya boleh didapati di salah satu butik terkenal iaitu My Papillon Sdn Bhd.
Pilihan tudung bawal atau ianya dipanggil segi empat telah dibuat beberapa kajian mengenai dengan teknik lipatan atau pusingan tertentu untuk mendapatkan cara pakai tudung yang berlainan. Tudung bawal mempunyai beberapa jenis seperti tudung bawal cotton, tudung bawal chiffon, tudung bawal instant dan sebagainya. Manakala jika pengguna inginkan kelainan dalam gaya hijab, pilihan untuk selendang juga dikatakan memiliki banyak keistimewaan dalam penggayaan berbanding dengan segi empat.
Persoalannya, jenis penggayaan tudung apakah yang bersesuaian dengan bentuk wajah agar kelihatan bersesuaian dan elegen? Ramai salah dalam pemilihan tersebut sehingga menyebabkan kutukan dari si yang melihatnya.
1.Bentuk wajah bujur
Pemilik wajah ini bebas dalam pemilihan gaya tudung.
2.Bentuk muka bulat
Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan, tambahan selendang nipis sangat sesuai digayakan.
3.Bentuk muka panjang
Bagi pemilik bentuk muka panjang, semua penggayaan selendang sesuai untuk anda.
4.Bentuk muka petak
Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang.
