Caranya sangat mudah, anda hanya perlu ada sumber air yang bersih serta tanah yang suci untuk buat air sertu
Tanah yang digunakan perlulah:
Bebas dari unsur najis
Suci dari sebarang kekotoran seperti minyak dan sebagainya
Bukan tanah yang telah digunakan untuk tayammum
Cara-caranya adalah seperti berikut :
- Asingkan pakaian yang terkena najis terlebih dahulu. Jika tangan atau anggota badan lain terkena najis, jauhkan diri anda daripada orang ramai.
- Hilangkan najis menggunakan air. Ini bagi menghilang segala ain najasat iaitu najis yang boleh dilihat dengan mata kasar.
- Di dalam satu bekas, sediakan air sertu iaitu air yang dicampur dengan tanah. Air sertu perlulah digaul sebaiknya sehingga air mutlak berubah menjadi warna tanah.
- Basuh pakaian atau tangan yang terkena najis tadi dengan air bercampur tanah sebanyak 1 kali.
- Lap atau gosok sedikit untuk pastikan najis tidak lagi melekat
- Bila pakaian atau tangan bebas najis, basuh pula kawasan terkena najis tadi menggunakan air bersih atau air mutlak sebanyak 6 kali.
Jika anda pening kepala nak cari tanah untuk samak, tak perlu pening! Kami, MYPAPILLON menjual Tayammum Clay Powder untuk memudahkan urusan anda untuk menyucikan dari najis mughalazah. Sekiranya berminat dan ingin membuat pembelian, hubungi kami dengan klik link ini -> https://linktr.ee/mypapillonsamak