MYPAPILLON DEBU TANAH LIAT 100 PERATUS BAHAN SEMULA JADI

Mypapillon menyediakan debu tanah liat pelbagai guna yang dihasilkan 100 peratus berasaskan bahan organik yang sesuai digunakan terutamanya bagi mereka yang hendak menjalankan proses samak, sertu ataupun tayamum. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk mencari produk samak sertu di pasaran, carilah Mypapillon kerana kami menawarkan debu tanah liat organik dalam beberapa variasi saiz bermula daripada 30-gram sehingga 3 kg dengan harga yang sangat berpatutan. Debu tanah liat serbaguna ini boleh didapati di laman web rasmi kami iaitu www.mypapillon.my/samak , platform Shopee dengan nama kedai debutanahliat & samaksertu atau boleh didapati dengan cara walk in ke HQ kami di Shah Alam atau Butik di Subang Parade.

May be an image of text that says "MYPAPILLON TanahLiat Pelbagai MYPAPILLON Debu Tanah Lia Guna MYPAPILLON Debu Tanah Liat Pelbagai Guna MYPAPILLON Liat dan Netweight 49.00 92.90 19.9 9.90"

APA ITU SAMAK ATAU SERTU?

MYPAPILLON - Samak Sertu & Tayammum - Debu Tanah Liat Pelbagai Guna - 200  Gram | Shopee Malaysia

Sebenarnya berlaku kekeliruan dalam masyarakat kita diantara samak dan sertu. Oleh kerana pengertian samak dan sertu ini adalah sangat hampir dari segi bahasa, sering terjadi kekeliruan terhadap samak dan sertu.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, SERTU ialah menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak.

SAMAK  pula mempunyai beberapa makna. Antaranya ialah bahan zat yg digunakan untuk memasak serta mewarnai kulit binatang, membersihkan najis mughallazah dengan air tanah sekali dan air mutlak enam kali, sejenis tumbuhan yang digunakan untuk menyamak kulit.

Maka, kekeliruan yang timbul berkemungkinan datang daripada takrifan sudut bahasa kerana menyamak juga mengandungi makna yang sama seperti sertu iaitu membersihkan najis mughalazah dengan air dan tanah.

Produk untuk samak dan sertu najis mughllazah - MyPapillon

Selain itu, Tayamum pula ialah menyapu debu kemuka dan kedua tangan sampai ke siku, menggunakan debu yang suci dengan beberapa syarat. Tayamum adalah sebagai ganti dari wuduk atau mandi. Tayamum di segi syarak adalah menggunakan tanah yang bersih dan suci seperti debu atau pasir bagi menyapu muka dan tangan untuk mengangkat hadas dengan persyaratan syarak sebagai pengganti wuduk atau mandi wajib (mandi junub).

Dengan tayamum seseorang hanya boleh mengerjakan satu ibadah yang fardu saja dan ditambah dengan ibadah yang sunat-sunat.

SYARAT-SYARAT TAYAMMUM :

Sudah masuk waktu.

Tidak mendapat air setelah berusaha mencari.

Dengan debu yang suci.

Berhalangan menggunakan air disebabkan sakit.

Suci dari najis.

APA ITU SAMAK DAN SERTU?

A picture containing graphical user interface

Description automatically generated

Kebersihan adalah sebahagian daripada iman, dan Islam sangat menitikberatkan kebersihan. Terdapat beberapa kaedah dalam penyucian iaitu samak dan sertu. Dua perkataan ini jugalah yang membuatkan ramai orang keliru akan maksud dan perbezaannya.

SAMAK

Jadi apa itu samak? Samak ialah proses menyucikan kulit haiwan yang halal dimakan atau tidak, dengan membersihkan darah, daging dan semua yang melekat pada kulit dimana jika ianya tidak dibersihkan dengan betul maka akan menyebabkan bau yang kurang enak dan busuk.

Proses samak kebiasaannya dilakukan dalam penghasilan barang kulit sebagai contoh, kulit lembu yang telah disembelih  hendak dibersihkan bagi membuang sisa kotoran seperti lendir dan darah yang melekat di kulit tersebut.

SERTU

A dog with its mouth open

Description automatically generated with medium confidence

A picture containing swine, mammal

Description automatically generated

Sertu pula bermaksud proses penyucian sesuatu sama ada pakaian, tempat atau badan daripada najis berat (mughalazah) seperti anjing dan babi. Langkah untuk melakukan proses sertu adalah dengan membasuh tempat terkena najis dengan air sebanyak tujuh kali dan salah satunya dengan menggunakan debu/tanah. 

Samak Sertu

MAKSUD SAMAK

SAMAK SERTU MULTIPURPOSE CLAY POWDER - DEBU TANAH SAMAK PELBAGAI GUNA -  Cleaning Products Supplier in Seksyen 7Samak pula ialah perbuatan menyucikan kulit binatang daripada kekotoran untuk kegunaan tertentu. Semua kulit binatang boleh disucikan dengan kaedah samak kecuali kulit anjing, babi serta keturunannya.

Memetik perkongsian dari Mufti WP, perkataan samak diambil dari perkataan bahasa Arab iaitu الدبغ yang membawa maksud kaedah menyucikan kulit haiwan yang boleh diamakan atau tidak, iaitu dengan menghilangkan darah, daging dan semua yang melekat pada kulit yang membusukkan jika tidak dibuang.

Untuk menyucikannya, sesuatu alat tajam seperti tawas atau buah manjakani perlulah digunakan.

MAKSUD SERTU

Menurut perkongsian daripada JAKIM, sertu merupakan perbuatan menyucikan sesuatu daripada najis mughallazah iaitu anjing, babi dan keturunannya.

MYPAPILLON SDN BHD (1325111-A) - MyPapillon Hijab - . PAPILLON TRADEMARK  REG NO 2018067624 | Butik Tudung Shah Alam | Butik tudung ekslusif | Jenama  tudung sarung popular | Tudung Raya 2022 |

SAMAK SERTU by MYPAPILLON

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN NAJIS MUGHALLAZAH? Najis mughallazah perlulah disucikan dengan membasuh sekali menggunakan air bercampur tanah dan diikuti dengan enam kali air besih atau air mutlak. Najis perlulah disucikan daripada pakaian, badan atau tempat yang terjejas.

Perkara ini disebutkan di dalam hadith yang riwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ

Maksudnya: Sucinya bekas salah seorang dari kamu apabila seekor anjing menjilat padanya (bekas tersebut) adalah dengan cara kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali, dan basuhan pertama bercampur dengan tanah.

APAKAH JENIS NAJIS MUGHALLAZAH?

Najis mughallazah atau najis berat ini terbahagi kepada dua, iaitu:

Pertama, anjing dan keturunannya serta semua yang berasal daripadanya adalah najis, termasuk air liur, peluh dan darah.

Seterusnya, babi dan keturunannya sama ada disembelih mengikut syarak atau tidak, haiwan ini adalah najis berat.

APA ITU SAMAK DAN SERTU???

Samak adalah proses menyucikan kulit haiwan yang boleh dimakan atau tidak, iaitu dengan menghilangkan darah, daging dan semua yang melekat pada kulit yang membusukkan jika tidak dibuang. Caranya adalah menggunakan sesuatu alat yang tajam sifatnya seperti tawas, buah manjakani, asam, limau cuka dan seumpamanya. Menyamak tidak khusus kepada orang Islam sahaja bahkan orang Musyrik juga boleh menyamak asalkan ia mengikut cara yang digariskan oleh Syarak.

Sertu adalah proses menyucikan sesuatu daripada najis mughalazah (najis berat) iaitu anjing, babi, dan keturunannya. Cara basuhannya adalah tempat yang terkena najis perlu dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali dan salah satu padanya air tanah sama ada najis tersebut najis aini atau najis hukmi. Sama ada terkena pada pakaian, badan, atau tempat.

Dapatkan Produk Kami Di :

31-A, First floor, Jalan Keluli Am7/Am, Taman Perindustrian Bukit Raja Selatan, 40000 Shah Alam, Selangor atau Butik MyPapillon Hijab-Boutique At Subang Parade

3 CARA MUDAH MELAKUKAN SERTU MENGGUNAKAN MULTIPURPOSE CLAY POWDER BY MYPAPILLON

Pertama, sediakan bahan

A plate with a design on it

Description automatically generated with medium confidence

Campurkan debu tanah liat MyPapillon dengan air mutlak yang bersih, kemudian kacau larutan air tanah liat tersebut.

Seterusnya, Cucian Pertama (1x)

Bersihkan terlebih dahulu bahagian yang terkena najis menggunakan air mutlak sehingga bersih dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Cuci dan bersihkan kawasan atau bahagian yang terkena najis Mughallazah dengan larutan air tanah.

Akhir sekali, Cucian Kedua (6x)

Cuci dengan air mutlak sebanyak 6 kali sehingga bersih dan hilang warna, bau dan rasa.

  !! UNTUK SEBARAG PEMBELIAN, DAPATKAN SEKARANG DI www.mypapillon.my  !!

PRODUK SAMAK DAN SERTU BY MYPAPILLON SDN BHD

MULTIPURPOSE CLAY POWDER

Debu Tanah Liat dari MyPapillon adalah produk buatan Malaysia yang berkualiti tinggi untuk pembersihan Samak & Sertu. Sertu adalah cara bersuci daripada Najis Mughalazah yang datang dari anjing dan babi dan keturunannya. Kaedah Sertu terdiri daripada 7 kitaran basuhan di mana 6 kali basuhan menggunakan air tulen dan 1 kali basuhan dengan tanah bercampur air. Ia adalah satu cara untuk bersuci daripada Najis Mughalazah supaya bebas daripada keraguan. Samak adalah proses menyucikan kulit haiwan yang boleh dimakan atau tidak, iaitu dengan menghilangkan darah, daging dan semua yang melekat pada kulit yang membusukkan jika tidak dibuang.

TAYAMMUM CLAY POWDER

100% habuk tanah liat tulen dan berkualiti tinggi Malaysia. MyPapillon Tayammun Clay Powder diiktiraf sebagai bahan untuk bertayammum. Serbuk tayammum ini hanya untuk keperluan orang yang bermusaffrir dan pesakit di hospital. Hanya untuk kegunaan luaran sahaja.

  !!  DAPATKAN SEKARANG DI www.mypapillon.my  !!

MUSLIMAH FASHION

MyPapillon ialah jenama fesyen untuk pakaian wanita bergaya sederhana. Ditubuhkan daripada reka bentuk dan latar belakang taylor, kami berusaha mencipta jenama kami sendiri iaitu Ardani Set dan juga Damia Set. Kami menyasarkan untuk mereka bentuk pakaian yang bergaya, sopan dan mampu milik. Dalam kebelakangan ini, MyPapillon telah mendapat populariti di kalangan wanita sederhana. Kini dengan kedai dalam talian, kami menyasarkan untuk mendekatkan produk kami kepada anda supaya anda boleh membeli-belah di mana- mana Aeon ataupun di Butik Subang Parade.

Mypapillon adalah salah satu kedai dalam talian terkemuka di Malaysia yang menawarkan pakaian wanita muslimah berkualiti tinggi. Kami berhasrat untuk menawarkan pelanggan kami pelbagai pakaian muslimah terkini dan paling bergaya. Pasukan reka bentuk kami mengkaji trend fesyen semasa, keselesaan dan kepraktisan produk untuk memastikan produk dihantar memenuhi permintaan pelanggan kami. Kami berbangga untuk menawarkan pelbagai jenis produk berkualiti sederhana untuk penampilan harian anda.

Setiap wanita telah dikurniakan oleh Allah naluri untuk sentiasa kelihatan cantik dan menawan dalam setiap penampilan diri. Fesyen yang menghidangkan pelbagai gaya, warna, fesyen pakaian dan perhiasan yang tentunya memikat hati para wanita.

Jenama fesyen muslimah bergaya dan moden. Rekaan pakaian yang minimalis, berkualiti, selesa, berpatutan serta fabrik yang terbaik. Koleksi yang kami hasilkan sangat sesuai digayakan pada waktu siang mahupun malam, dari waktu kerja harian sehinggalah acara di luar.

Muslimah Collection Brings the Modesty in You

Have you heard about MyPapillon Hijab’s new collection? MyPapillon Hijab has officially introduced a whole new Muslimah line focused on modest clothes for all women, not just Muslimah and Hijabi. Mypapillon Hijab Muslimah collection, which comes in a variety of designs, strives to provide additional options for women and the liberty to pick anything they want while remain modest and fashionable. From ironless dresses to mini dresses and floral dresses, we guarantee that the dresses are of great quality and made of soft fabric that will keep you comfortable all day. The dress is also reasonably priced, with prices starting at RM69, making it available to everybody. Visit us at AEON outlet and Mypapillon Boutique at Subang Parade Mall to feast your eyes on our new Muslimah collection. Our stocks are limited, so what are you waiting for? make sure you get one before they’re gone so you don’t regret it later!!!

MUSLIMAH FASYEN TREND TERKINI

Fesyen muslimah zaman kini diwarna-warnikan dengan pelbagai jenis pakaian yang dapat memastikan kaum wanita sentiasa tampil anggun dalam menutup aurat. Apa yang menariknya lagi, fesyen muslimah turut menjadi ikutan penggemar-penggemar fesyen bukan Islam, yang mungkin disebabkan nilai positif yang mencerminkan ciri- ciri kesopanan serta keanggunan sesuatu busana tersebut. Pereka fesyen tempatan di Malaysia juga telah mengambil peluang ini untuk menonjolkan kreativiti mereka dalam melahirkan lebih banyak lagi fesyen busana muslimah yang pasti akan menarik tumpuan lebih ramai lagi.

Koleksi pakaian muslimah dari MyPapillon juga sering menarik tumpuan kaum wanita kerana ia didatangkan dengan pelbagai jenis pilihan seperti Set Damia, iaitu set baju bersama seluar yang sangat mendapat tumpuan ramai kerana keunikannya yang tersendiri dan ia juga boleh digayakan ke mana-mana majlis formal mahupun tidak formal. MyPapillon juga merupakan tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi bagi peminat dress / kaftan kerana kepelbagaian corak dan warna yang akan dijamin memuaskan hati semua.