
Hijab, yang juga dikenali sebagai tudung, merupakan sehelai kain yang digunakan untuk menutupi bahagian kepala kaum wanita muslim. Kita dapat lihat ramai wanita zaman dahulu hanya memakai jenis tudung yang sama sahaja disebabkan oleh kekurangan pilihan untuk mereka. Namun seiring dengan peredaran zaman, pelbagai variasi tudung telah dicipta untuk memenuhi citarasa orang ramai. Hijab juga bukanlah sesuatu yang khas hanya untuk wanita yang beragama Islam sahaja kerana terdapat juga segelintir wanita bukan Islam yang gemar membeli tudung untuk digayakan ala- ala turban.
Di MyPapillon, terdapat pelbagai jenis tudung yang ditawarkan antaranya seperti Tudung Sauk, Square, Shawl dan juga Instant dengan material kain yang berbeza seperti chiffon, cotton dan satin. Apa yang menariknya lagi, MyPapillon mempunyai koleksi tudung jenis square dengan saiz yang besar iaitu bidang 55’ yang sangat menarik perhatian ramai memandangkan tudung jenis ini agak sukar untuk dicari di pasaran.
