
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, fesyen pakaian muslimah mula menarik minat golongan wanita tidak mengira bangsa, agama dan juga peringkat umur. MyPapillon, satu jenama yang tidak asing lagi dalam industri fesyen muslimah kini telah pun mengeluarkan koleksi terbarunya iaitu Kaftan by MyPapillon bagi memenuhi permintaan pelanggan terhadap pakaian muslimah trend terkini. Apa yang menariknya tentang koleksi Kaftan by MyPapillon ini, ia datang dengan pelbagai variasi warna dan corak yang pasti akan membuat para wanita menjadi ‘rambang mata’ setelah melihat koleksi-koleksi yang ditawarkan. Reka bentuk kaftan yang sangat unik ini juga menjadikan ia suatu pakaian yang boleh digayakan oleh kesemua wanita tidak mengira bangsa dan agama dan akan kelihatan cantik untuk dipakai di mana sahaja.
Kaftan Dolla, Kaftan Suri, Kaftan Putri dan Kaftan Vie; itulah antara koleksi kaftan keluaran MyPapillon yang boleh dikatakan sedang ‘panas’ di pasaran. Ia datang dengan beberapa material yang berbeza bagi memuaskan hati para pelanggan dalam membuat pilihan. Bagi Kaftan Dolla, ia didatangkan dengan beberapa corak yang menarik seperti Dolla Florale, Dolla Cotton, Dolla Leaf, Dolla Satin dan Dolla Stripe dengan harga yang ditawarkan hanya serendah RM89 sehelai. Manakala untuk Kaftan Suri pula, juga didatangkan dengan pilihan corak yang mengikut trend semasa dengan harga sehelai RM149. Antara keunikan Kaftan by MyPapillon ini, ia juga mengeluarkan satu koleksi yang dinamakan Kaftan Vie di mana kaftan-kaftan ini boleh digayakan dengan apa-apa jua pilihan seluar. Kaftan Vie Fleur dan Kaftan Vie Plain, kedua-dua jenis kaftan tersebut boleh didapatkan dengan harga hanya RM89 sehelai.