Pada zaman kini, fesyen pakaian wanita secara umumnya dan Muslimah secara khususnya sangat hebat melanda masyarakat di Malaysia. Tambahan lagi, kemunculan para pereka fesyen yang menghidangkan pelbagai gaya, warna, fesyen pakaian dan perhiasan yang tentunya memikat hati para wanita.
Kini, jubah bukan lagi satu-satunya busana yang menjadi identiti Muslimah, bahkan kebanyakan wanita sudah mula menyesuaikan diri untuk keluar daripada kepompong fesyen pengaruh Arab dengan kemunculan pereka pakaian kontemporari Islamik.
Menghasilkan rekaan gaya alternatif, tetapi tetap peka terhadap garis panduan pemakaian wanita Islam yang mementingkan ciri kesederhanaan terutama dalam aspek pemilihan fabrik, corak, warna, potongan dan lebih penting ia mesra ibadat dalam apa juga keadaan.
Jadi disini kami kongsi serba sedikit tentang produk Muslimah Wear yang boleh didapati dari MyPapillon.

