
Ramai yang mempunyai gambaran tersendiri apabila terdengar perkataan pakaian muslimah, kan? Ada juga yang menyangka pakaian muslimah mestilah berwarna gelap dan tidak bergaya. Siapa kata menjadi wanita muslim tidak boleh berfesyen? Zaman sekarang, banyak pakaian muslimah yang trendy tetapi tetap menutup aurat dan patuh syariah Islam. Agama Islam tidak menghadkan jenis fesyen tetapi memberikan garis panduan cara pemakaian yang kita perlu patuhi. Kita hanya perlu bijak memilih untuk pastikan pakaian yang kita pakai mematuhi syariah dan tetap mengikut trend dan cita rasa kita.
Baju kurung perempuan telah mengalami pelbagai evolusi selaras dengan perubahan masa. Baju kurung sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira usia. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Selaras dengan peredaran zaman, kini pelbagai busana rekaan moden telah muncul dan diterima oleh masyarakat Melayu. Sungguhpun pada umumnya kita telah menerima pengaruh moden dalam pakaian harian, namun baju kurung tetap menjadi pilihan kaum wanita untuk digayakan. Bezanya, rekaan baju kurung sekarang lebih kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya cita rasa kita.
