Pemilihan Warna Tudung Bersesuaian dengan Warna Kulit

SEMUA wanita pasti ingin cantik bak ‘bulan purnama’ termasuklah wanita yang berhijab. Bagi wanita yang berhijab amat penting untuk pemilihan warna tudung yang sesuai mengikut tona kulit. Hijabi diluar sana pasti kurang yakin apabila mereka salah memilih tudung yang tidak sesuai dengan warna kulit mereka. Hal ini kerana pemilihan warna yang salah boleh menyebabkan wajah kelihatan pucat, kusam serta tidak menyerlah. Terdapat pelbagai warna koleksi daripada MyPapillon Hijab yang boleh anda memilih untuk kesesuaian tona kulit anda.

Pemilihan warna tudung yang sesuai dengan warna kulit membantu menaikkan seri wajah sekaligus membuat para hijabi diluar sana tampil dengan anggun dan berkeyakinan. Selain itu, hijabi juga perlu mengenali tona kulit mereka terlebih dahulu. Apabila sudah mengetahui tona kulit, senanglah untuk memilih tudung yang sesuai.

4 tona kulit yang perlu pembaca ketahui, iaitu kulit putih, sawo matang, kuning langsat dan gelap. Bagi wanita yang kulit wajahnya putih akan kelihatan pucat sekirannya menggayakan tudung berwarna pastel. Oleh itu, mereka perlu memilih warna yang agak garang dan tegas seperti hitam dan lain-lain.
Seterusnya, wanita yang mempunyai kulit sawo matang pula sesuai dengan warna pastel. Manakala, warna yang tidak sesuai adalah warna merah, coklat tua, kuning dan lain-lain. Sekirannya kulit kuning langsat pula, sebaiknya pemilihan warna tudung yang berwarna merah jambu dan biru. Sebaliknya hindari warna-warna berwarna emas seperti karamel, coklat dan oren kerana ia boleh menimbulkan kulit wajah agak pucat.

Wanita yang berkulit gelap tidak semestinya tidak cantik. Jika kita bijak memadankan warna tudung dengan kulit sudah pasti hasilnya akan kelihatan menawan. Namun begitu, hindari memakai tudung yang berwarna gelap seperti coklat, hitam dan jingga kerana ia akan membuatkan wajah kelihatan lebih gelap.

‘Sudah terang lagi bersuluh’, jadi perlukah lagi wanita hijabi diluar sana mempersoalkan penting ke pemilihan warna tudung yang bersesuaian dengan warna kulit? Anda kenal pasti terlebih dahulu jenis warna kulit dan buat pilihan bijak untuk memilih tudung yang sesuai di MyPapillon Hijab. Kecantikan wanita itu lebih terserlah apabila mereka yakin dan selesa dengan diri sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *