PERBEZAAN ANTARA SERTU DAN SAMAK

Produk untuk samak dan sertu najis mughllazah - MyPapillon

Islam sangat mementingkan kebersihan. Dalam aspek penyucian, terdapat beberapa kaedah penyucian bagi membasuh najis antaranya samak dan sertu. Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat yang sering tertukar dengan kedua-dua istilah ini. Sertu merupakan proses penyucian sesuatu daripada najis mughallazah iaitu najis berat seperti anjing, babi dan haiwan keturunannya. 

Dalam sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : “Sucinya bekas salah seorang dari kamu apabila seekor anjing menjilat padanya (bekas tersebut) adalah dengan cara kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali, dan basuhan pertama bercampur dengan tanah.” [HR Muslim]

Berbeza dengan samak, ia adalah perbuatan menyucikan sesuatu daripada kulit haiwan dengan menggunakan bahan kesat seperti pasir dan sebagainya. Samak kebiasaanya dilakukan apabila seseorang itu hendak membersihkan kulit binatang seperti kulit lembu yang telah disembelih bagi membersihkan lendir dan darahnya untuk menghasilkan produk kulit lembu. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *