PERBEZAAN SAMAK DAN SERTU

Masih di antara kita yang tidak tahu samak dan sertu itu adalah sesuatu benda yang berbeza jadi kami akan menerangkan perbezaan antara samak dan juga sertu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sertu ialah menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah (anjing dan babi) dengan air bercampur tanah sekali dan air mutlak enam kali, menyamak. 

Manakala, samak pula mempunyai beberapa makna. Antaranya ialah bahan zat yg digunakan untuk memasak serta mewarnai kulit binatang, membersihkan najis mughaallazah dengan air tanah sekali dan air mutlak enam kali, sejenis tumbuhan yang digunakan untuk menyamak kulit.

Maka, kekeliruan yang timbul berkemungkinan datang daripada takrifan sudut bahasa kerana menyamak juga mengandungi makna yang sama seperti sertu iaitu membersihkan najis mughallazah dengan air dan tanah.

Daripada sudut istilah ini, samak diambil daripada perkataan bahasa Arab, الدبغ yang bermaksud, kaedah menyucikan kulit haiwan yang boleh dimakan atau tidak, iaitu dengan menghilangkan d4rah, daging dan semua yang melekat pada kulit yang membusvkkan jika tidak dibuang, dengan sesuatu alat yang tajam seperti tawas atau buah manjakani dan seumpamanya. 

Bersertu pula adalah cara bersuci daripada najis mughallazah iaitu khinzir dan khinzir dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali dan salah satu padanya air tanah sama ada najis tersebut najis aini atau najis hukmi. Sama ada terkena pada pakaian, badan, atau tempat.

Jadi kami disini ada menyediakan produk kami sendiri iaitu Debu Tanah Liat Pelbagai boleh digunakan untuk tujuan tayammum, samak dan juga sertu. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *