SAMAK SERTU

Samak

Samak merupakan suatu perbuatan menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan kesat seperti pasir dan sebagainya.

Cara untuk lakukan samak:

Menggunakan sesuatu alat yang tajam sifatnya. Sebagai contoh, buah manjakani, asam, limau, cuka dan seumpamanya.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
“Kulit apapun jika disamak, ianya suci.”
[HR at-Tirmizi]

SERTU

Proses menyucikan sesuatu najis mughallazah. Antaranya anjing, khinzir dan seumpama dengannya.

Cara untuk sertu:

Basuh tempat terkena najis dengan air mutlak sebanyak tujuh kali.

Dan salah satu daripadanya air yang bercampur tanah.

Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

طَهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ، أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولَاهُنَّ بِالتُّرَابِ

Maksudnya: Sucinya bekas salah seorang dari kamu apabila seekor anjing menjilat padanya (bekas tersebut) adalah dengan cara kamu membasuhnya sebanyak tujuh kali, dan basuhan pertama bercampur dengan tanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *