Samak Sertu

Perbezaan antara samak dan sertu

Samak:

1. Samak ialah menyucikan sesuatu darmughalazah binatang dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat tajam seperti tawas bahan kimia dan sebagainya.

2. Bahan-bahan tersebut dapat menggalkan dan menghilangkan semua kekotoran dan lendir yang mengandungi kuman-kuman penyakit yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Sertu:

1. Sertu ialah menyucikan sesuatu daripada najis Mughalazah iaitu menyentuh anjing, babi dan keturunannya yang sedang basah akibat terkena hujan, ataupun terkena air liurnya.

2. Najis Mughalazah hendaklah disucikan dengan membasuhnya dengan 6 basuhan air mutalk dan 1 kali basuhan air yang dicampurkan tanah. Jumlah basuhan adalah 7 kali

3. Menyucikan najis mughalazah dengan menggunakan tanah bertujuan untuk menghilangkan kuman-kuman penyakit yang terdapat pada bahan binatang najis mughalzah. Mengikut ilmu kedoktoran, kuman-kuman penyakit yang terdapat pada najis mughalazah tidak dapat disucikan melainkan menggunakan tanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *