Seperti yang kita tahu, terdapat tiga kategori najis iaitu mukhaffafah (najis ringan), mutawassitah (pertengahan) dan mughallazah (berat). Najis anjing dan babi tergolong dalam najis berat dan perlulah disertu bila terkena pada tangan atau pakaian. Ia perlulah disertu, bukan disamak. Sehingga ke hari ini, masyarakat Islam di negara ini sering keliru dengan penggunaan istilah yang salah dalam bab penyucian najis berat.
MAKSUD NAJIS MUGHALLAZAH
Najis mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan daripada keruanya atau salah satu daripada keduanya. Maka daging anjing dan babi, air liurnya, kotorannya, peluhnya dan lain-lain daripada keduanya adalah najis yang berat iaitu najis mughallazah.
PERBEZAAN SERTU DAN SAMAK
MAKSUD SERTU
Menurut perkongsian daripada JAKIM, sertu merupakan perbuatan menyucikan sesuatu daripada najis mughallazah iaitu anjing, babi dan keturunannya. Najis mughallazah perlulah disucikan dengan membasuh sekali menggunakan air bercampur tanah dan diikuti dengan enam kali air besih atau air mutlak. Najis perlulah disucikan daripada pakaian, badan atau tempat yang terjejas.
MAKSUD SAMAK
Samak pula ialah perbuatan menyucikan kulit binatang daripada kekotoran untuk kegunaan tertentu. Semua kulit binatang boleh disucikan dengan kaedah samak kecuali kulit anjing, babi serta keturunannya. Memetik perkongsian dari Mufti WP, perkataan samak diambil dari perkataan bahasa Arab iaitu الدبغ yang membawa maksud kaedah menyucikan kulit haiwan yang boleh diamakan atau tidak, iaitu dengan menghilangkan darah, daging dan semua yang melekat pada kulit yang membusukkan jika tidak dibuang. Untuk menyucikannya, sesuatu alat tajam seperti tawas atau buah manjakani perlulah digunakan.
CARA SERTU
Bersihkan bahagian yang terkena najis. Campurkan debu tanah liat MYPAPILLON ke dalam air sehingga mengubah air menjadi warna tanah atau keruh dan sebatikan. Cuci tempat yang terkena najis dengan menggunakan air campuran debu tanag liat sebanyak 1 kali dengan rata. Cuci dengan menggunakan air mutlak sebanyak 6 kali sehingga hilang warna, bau dan rasanya.
JANGAN RISAU UNTUK MENDAPATKAN PRODUK DEBU TANAH LIAT DARIPADA MYPAPILLON
Kami telah mendapat kelulusan produk mypapillon debu tanah liat oleh:
– Product Of Malaysia
– Keluaran Muslim
– BMF (Buy Muslim First)