
Di antara nikmat-nikmat Allah swt, pakaian adalah satu limpah kurnia-Nya yang sangat besar. Dalam berpakaian, Islam membenarkan umatnya memakai apa jua pakaian, kecuali yang diharamkan oleh syariat. Islam lebih mengutamakan adab dalam berpakaian. Sebagai bukti, terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis menceritakan tentang adab berpakaian seperti menutup aurat, mendahulukan kanan, melonggarkan pakaian dan lain-lain sehingga warna pakaian juga dibicangkan.

